bintang12

Wednesday, April 12, 2006

I wanna look slim everyday..n..everytime...

Semenjak dua menjak ni..nafsu makan berleluasa di dalam diri aku...setiap masa perut minta makanan ajar..so macamaner aku nak kurus..alahai..kalau tak makan nanti pening kepala laa..sakit perut laa..ish..ish..kalau makan hmm..mula laa badan naik..tau laa nak exercise perkara yang paling aku berkira betul..itu laaa masalahnyer..nak kurus tapi malas exercise..jaga makan pun kalau tak der peluh keluar tak jalan jugak semakin tebal laa lemak2 dalam badan...
Ni aku baru balik dari kedai makan..ari ni malas lak nak masak..tapi makan tak der laa pulun sangat tapi perut sekejap jer rasa penuh..hmm bila dah perut penuh..mata mula argh mengantuk..apa lagi mula argh nak tidur..hmm..hmm gitu laa ari2 yang ku lalui..Kalau rajin pun aku buat YOGA..yang lain hmm malas..
Bangun jer pagi mesti perut dah berkokok mengalahkan ayam berkokok pagi..biasa aa minta makanan laa..kik..kik..mesti kena makan dulu..memang laa pagi kita perlu sarapan pagi sebab itu penting dalam kamus kesihatan kita..tapi aku kena makan setiap masa sekarang ni entah laa..tangki besar mana pun aku tak tahu laa..biar sikit tapi kerap..kalau tak mula angin laa..tak sanggup nak tempuh semua tu...tapi nak buat macamaner badan dan mula berubah angin macam kita jugak..dulu boleh laa skip lunch ker..dinner ker..ok jer..tapi bila usia dah berubah so kita kena ikut peredarannya kalau tak haa mula laa sakit macam2..
Macamaner nak set kan my mind supaya selalu rajin exercise walaupun hanya 20 minit..sudah mencukupi dari aku duduk jer depan komputer..nothing ...exercise ikut mood jer hmm..masalah tu..bila nak kurus ????makan boleh laa kontrol tapi kalau kerap campur..campur..bahaya jugak tu..ish..ish..kena motivate diri sendiri ni kena rajin exercise...

Monday, April 03, 2006

How to start save money.....

Tadi baru jer balik dari shopping..hmm..hmm..duit abis cam gitu jugak..no saving untill now..aku memang pantang tengok baju, kasut, handbag dan macam2 laa..semua nak..pantang ader duit lebih sikit haa..mula laa dalam kepala ni plan macam2..sian my hb...Terfikir jugak kalau saving kan bagus..tapi macamaner nak start control daripada bershopping ni..Kononnyer beli yang murah2 jer..tapi bila dikumpul2 haa habis sama jer..
Diam tak diam umur semakin bertambah..tapi bekalan untuk masa hadapan tak der langsung..ish..ish..tak boleh jadi ni...memanglah sekarang ni kurang sikit keluar..tapi sekali keluar haaa..abis jugak..i'm not window shopping type..aku jenis yang suka bershopping...macam2 aku nak beli..argh tak mahu membazir duit lagi..
Nasiblaa my hb bukan jenis yang bershopping so elok laa..if both of us suka bershopping gamaknya tak makan laa..ha..ha....aku pula duduk di negara very fashionable...so fashion pun ikut season laa....kalau lambat sikit nanti ketinggalan pulak..padahal orang tak kisah pun..memanglaa kalau old fashion sangat nanti orang nampak pelik laa..beli boleh laa beli tapi tak der laa every month nak kena beli baju baru jer..pokai..pokai..
Start from now, aku mesti tanamkan diri untuk simpan duit..nak tak nak kena paksa diri..start daripada nilai yang kecil sampai yang besar..tak boleh jadi..kalau dah banyak saving nanti senang laa hidup..kalau ader emergency ker nak pakai duit ker senang citer tak payah nak kecoh2...Yang penting untuk masa hadapan..sampai bila nak membazir duit sahaja..oh tidak..aku mesti insaf..insaf sekarang jugak......

Friday, March 31, 2006

I miss u so much...(my past dad..)

21 February 2003

Seperti biasa, setiap hari jumaat aku akan call my family kat kg..that's day my dad not working so boleh cakap dengan semua ahli keluarga termasuk adik aku coz kat Pantai Timur Friday semua tutup...Tapi tarikh tersebut aku banyak kerja sikit so aku planned nak tel during lunch hour..dalam pukul 12 tengahari sebelum aku keluar makan aku tel..my mum picked the phone..soalan pertama aku tanya tengah buat apa but my mum tak seperti biasa sepatah aku tanya sepatah dia jawab..aku hairan jugak..tapi tak nak fikir apa2..then after that..aku keluar makan wif my freind...yang peliknyer bila ambil lauk aku tak terasa pun nak makan tapi pendek kata semua lauk aku ambil...

Jam menunjukkan 1230 tengahari..kami bercadang untuk makan kat rumah sewa aku..on d'way aku terima satu call from my cousin..first call dia tak ckp banyak..then i thought dia ader masalah ker..then second call she said my father passed away..aku tak percaya..bila balik rumah..aku tengok my aunt tengah tunggu dan wajah mereka murung..dan masa tu aku realized apa yang cousin aku bagitau...aku menangis macam orang giler..dari tingkat bawah sampai tingkat 5 dengar aku menangis...Ya Allah..masa tu aku tak sedar..bila masuk jer rumah aku menangis lagi..aku tanya pada diri aku kenapa ibu ku tak bagitau yang arwah abah aku tengah tak sihat...aku cepat2 packing barang..dalam masa tu..aku call my hb ckp aku nak balik my father passed away..kebetulan pulak masa tu dia tengah sibuk dengan satu meeting..then dia cuba jugak untuk excused..

Dalam pukul 1.30 tengahari...dia sampai then kami terus ke airport..sampai jer airport kami terus ke kaunter MAS..tapi masa tu Jemaah Haji baru sajer sampai..then semua flight penuh..pada masa tu aku merasa sedih sekali bila tengok mereka berpelukan dengan kedua ibu bapa mereka..kami beralih ke Kaunter Air Asia pulak..then penuh jugak hanya waiting list sajer..tapi mereka pun tak sure..entah dapat ker tidak...Ya Allah terlalu hebat ujian mu...Masa tu my aunt tengah tunggu untuk bertolak balik ke kg...nak tak nak aku terpaksa ikut mereka..aku tak nak membuang masa dengan menunggu...sepanjang perjalanan aku menangis tak henti2..patut laa masa raya haji hari tu arwah abah aku berpesan "Seandainya dia mati........" tapi aku langsung tak terfikir..biasanya bila aku balik aku akan duduk bersembang dengan arwah abah aku sampai larut malam...macam2 yang kami sembang..

10.00 malam...Perjalanan kami masih jauh dari kg...dan masa tu aku redha aku tak sempat mengucup dahinya untuk terakhir kali..dan aku tak sempat memohon ampun dan maaf padanya untuk terakhir kali..aku tak sempat melihat wajahnya untuk terakhir kali..Ya allah aku redha...tapi dalam hati ku tak dapat aku maafkan diri ku ini...aku tel dan bercakap dengan adikku dan meminta dia mengucupkan dahi arwah abah untuk aku sama...

Tepat jam 12 tengah malam..kami selamat sampai..dan arwah abah ku selamat di kebumikan..Ya Allah ampunkan dosa abah aku dan tempatkannya di sisi kekasih mu muslimin dan muslimat..amin...

Abah..ampunkan dosa anak mu ini..sampai ke hari ini ingatan pada mu masih segar..dan setiap masa aku rasa kan kau sentiasa di sisi kami...kami pohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...aku pohon ampun tak sempat aku berbakti pada mu..aku tahu abah banyak kecewa denganku..kau turuti setiap kehendak ku..tak pernah kau membantah sedikit pun walhal pada masa itu abah pun dalam kesusahan..Abah bangga dengan diri ku..setiap kawannya tahu tentang diri ku..dia bangga bercerita pasal diriku dan keluarga....abah tak pernah mengeluh..abah ampun kan dosa ku pada mu...al fatihah......

Thursday, March 30, 2006

My Favourite Song....


SUDIRMAN
Milik Siapakah Gadis Ini
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya...Adakahkan terdaya
Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi
Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati...Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam...

How to be strong?? How to think positive...


As usual...sent my hb..keluarkan lauk nak masak..hmm..dah blur nak masak apa..bukannya rajin nak create new recipies..siannyer my hb..tak per laa bang..nasib baik dia tak cerewet..lucky for me..hi..hi..hi..
n then second job..angkat phone tel my freind (boleh di anggap kakak jugak laa) that's why selang sehari mesti kena tel..that's why second job..hu..hu..seperti biasa kalau awal pagi dia call mesti ader something ni nak bagitau..dah masak dah..hmm memang betul apa yang di jangka..(mailto:3#%$^^**^^%$%$%##@!$%^)&&^%) kadang2 nak jaga hati kedua2 orang aku terpaksa berlakun aku tak kisah apa diaorang nak ckp pasal aku..tapi iyer laa kita bukannya perfect pun..kadang2 tu hati terasa jugak tapi camaner nak jadi seorang positif..hmmm...
Memang sekarang ni aku lebih suka private life..but bosan jugak gitu dunia sorang2 tak der gossip2..tapi bila terlebih gossip hmm ader yang makan hati..tak semua orang suka berfikiran positif ambil perkara tu as a remeh punyer issue..biasa issues yang suka diperkatakan takder laa yang melibatkan dan mencemarkan maruah orang..tapi biasalah mulut manusia ni kadang2 lebih daripada racun..hu..hu..hu..aku pun tak suka nak jadi orang tengah ataupun terpaksa bermuka2 supaya tak der sapa terasa hati...how to be strong...kadang2 bila ckp benda yang betul dah di salah anggap..yer laa aku mengaku kadang2 aku pun gitu jugak..walau macamaner mesti nak orang bela jer kita..tak terfikir diaorang pun terpaksa berlakun..hu..hu..hu..
Kalau boleh aku nak jadi orang yang berfikiran positif dan cekal..tapi masalahnya aku ni cam lalang..kejap ke kanan kejap ke kiri..kononnya tak nak bagi orang berasa tapi hati kita, kita sendiri tak nak jaga...nanti memudaratkan diri kita sendiri...

Wednesday, March 29, 2006

I'm so bored....


Tadi teman my hb ke hospital..rasa ngantuk pula..maklumlah kena bangun awal pagi..bila balik tak tahu apa nak buat..asyik buat kerja yang sama ajer..argh boring..member sumer tengah bz ngn kerja masing2..tapi aku asyik mengadap pc entah apa yang aku tengok pun aku tak tahu..untuk meriahkan rumah ni aku buka tv dan radio bagi meriah sikit..terdetik hati nak buat blog sendiri..asyik baca blog orang jer...at least tak der laa boring sangat ader kerja yang boleh di buat....

Macamaner agaknya jadi surirumah sepenuh masa yer..yes i'm apart from them but i'm hope i can continue my job as soon as possible..can yu all imagin everytime u been at home..when u wake up see the kitchen n then prepare for breakfast, lunch n dinner...n then kemas rumah..everytime u done a regular job..oh my god..i'm so terrible as a fullhousewife...tapi aku bangga dengan sesiapa yang jadi surirumah sepenuh masa ni..they can prepare n take care their family by own...terfikir juga macamaner diaorang isi masa setiap hari dengan benda yang sama jer..

When i'm looking a few of my freinds as a fullhousewife..they so happy nothing bothered them like what i'm thinking..bila tanya diaorang..they told me based their experience..kadang-kadang tak terasa masa berjalan begitu pantas sekali coz setiap hari sentiasa sibuk dengan kerja-kerja seperti kemas rumah, sediakan makanan dll berkaitan dengannya..bila anak2 pulang dari sekolah kesibukkan akan melanda untuk memberi tumpuan pada anak2 mereka pula..then suami pula pulang dari pejabat dan mereka akan sibuk sekali lagi untuk menyediakan makan malam kerja rumah takkan habis selagi keluarga mereka belum tidur..waktu tidur adalah waktu terakhir mereka menghabiskan kerja pada hari itu..kenapa aku tak boleh jadi macam mereka..???

Salam Pengenalan...


Hai salam pengenalan pada semua pemerhati di blog ni..if u enjoy u can stay but if u'r not just leave it....